Apa yang kami lakukan?
Norainis Cookies Worldwide Sdn Bhd mengeluarkan biskut premium, khusus dalam pembuatan biskut perayaan dengan resipi buatan sendiri.Terdapat pasaran yang besar di kalangan pengguna yang mahukan produk tradisional yang elegan dan berkualiti tinggi.
Matlamat syarikat untuk menghasilkan dan memasarkan produk ke seluruh dunia dan menjadikan Noraini's Cookies sebagai pengeluar biskut resipi buatan sendiri premium yang paling laris di Malaysia. Untuk mencapai ini, matlamat jangka panjang syarikat adalah untuk mencapai kawalan kualiti standard tinggi, membina imej jenama dan ekuiti jenama melalui pemasaran yang berkesan, mencapai bekalan yang mampan ke pasaran dan menghasilkan berpuluh-puluh jenis biskut untuk merangkumi pelbagai segmen pasaran.


Noraini’s Cookies Worldwide Sdn Bhd adalah sebuah syarikat swasta Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Pada masa ini, jualan dan pemasaran tertumpu kepada hypermarket dan pasar raya di Malaysia. Pada masa yang sama, produk Noraini dieksport ke Brunei, Maldives, Vietnam, Singapura, Indonesia dan China.
Syarikat ini menghasilkan sehingga 15 jenis biskut perayaan yang dibuat khas yang dijamin mempunyai resipi berkualiti buatan sendiri. Kini tawaran syarikat termasuk produk seperti rempah campuran, makanan beku serta kek.